Nuffnang ooo Nuffnang

korang semua jangan pelik, hairan atau terkesima yer, sebab tetiba jer aku masuk balik ke blog aku yang ini...ari tu dah buat pengumuman yang kununnya blog aku yang ini akan ditutup kan...tapi alih2 hapdet jugak kan...tapi kalo korang baca balik blog, aku de nyatakan sama ada penutupan blog ini mungkin secara sementara atau mungkin selama-lamanya kan...so maknanya memang ada kemungkinan aku masuk balik la kan...

aku sayang giler blog aku yang ini, aku hepi berada di sini...kat sini menjadi tempat aku meluahkan segala rasa, mana mungkin aku tegar untuk melupakannya selama-lamanya...ke mana jua aku pegi, blog ini akan tetap bersama aku...even dah de blog yang baru (norsaritanaini.com), aku selalu jugak masuk sini, cuma tak hapdet jer...blog yang baru tu pun aku jarang hapdet...banyak jer cerita2 yang aku nak share ngn korang semua (kunun2 perasan ada peminat la ni kan)...tapi kesuntukan masa dan internet yang slow giler ibarat siput babi yang ingin memanjat KLCC...ha sebut pasal siput babi tu kan, ari tu masa aku gi BTN, de fasi tu cakap siput babi tu slow sbb dia asyik konpius yang dia tu siput ke atau dia tu babi...sebab org asyik panggil dia siput babi...kahkahkahkah...gelak la weh, aku buat lawak nih...okey2, taknak paksa...

tersangat sukar bagi aku sekarang ni nak manage dua2 blog sekali gus...tak tercapai dek tangan nak menaip, hari ni kebetulan datang opis di kala orang lain sumer bercuti umum sempena menyambut Awal Muharram kan...so dapatlah meluangkan sikit masa yang ada menghapdet blog aku ni...ini pun sebabnya tetiba terdetik hati nak bukak akaun nuffnang aku tu la..kunun2 nk cek dah berapa banyak income yang aku dapat hasil dr iklan nuffnang kat blog aku tu kan...tetiba dapat warning yang kaler merah tu...berdasarkan apa yang aku faham, dia suh aku hapdet blog aku yang kesunyian tanpa entri setelah sekian lama ni supaya dia boleh terus letak iklan dia kat sini...

maka atas budi bicara baik hati aku, makanya aku akan cuba meluangkan masa yang ada untuk menghapdet blog...apa salahnya bantu nuffnang tuk wat iklan dia kan...hehe...lgpun setau aku nuffnang yang baik hati ni dah tolong bg income kat ramai blogger tau...kalo betul2 usaha, memang bleh buat duit...tapi tula, aku ni bukannyer reti mana pun, berblog sekadar bercerita pasal personal jer...bukannya de ramai pengunjung pun...tp tak kisahlah, yang penting aku dapat mencurahlan segala rasa aku kat sini..ibarat teman setia aku la ni....hehehe.....



post signature




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: