seprais befday party aimi de sengetsss....

ahad yang bahagia lepas (nak gak mention yg bahagia sbb en suami ada di sisi kan...), kami membuat sepraissss befday party tuk aimi yang telah pun masuk ke usia 24 thn...dari mlm jumaat lagi, aku dok terfikir2 ce mana gayanya nk menyambut befday si aimi ni...masa tu dia tkde, dia gi lumut sbb de program kolej kat sana...befday dia ari jumaat tu ler...pikir punya pikir punya pikir punya pikir..TING!!!!!...terasa nak tempah cupcake tuk dia...makanya dengan membuang masa dan duit kerajaan yang membayar gajiku di hari jumaat yang mulia penghulu segala hari tu, aku mula mengsearch org yg buat cupcake kat temerloh ni...mula2 nk order dr yang kamalina tu, tp nasib sgt malang tak bertimpa, kakak tu tak amik order sbb dia outstation...ann plak terjumpa la yg layla cupcake..so order la dr layla..agak upset kerna kek nyer tidak berapa memenuhi hasrat hatiku yang menginginkan cupcake berupa cartoon atau yang fancy atau yang menggunakan warna2 ceria lagi terang benderang...sangat2 lah frust sehingga ingin nangis guling2 ibarat kanak2 tak dpt lolipop kegemaran...namun nak buat cmne, dh orderkan, timer jerla...len kali taknak order dah dr dia...bleh kan?

then terus col si iza, perisik tak bergaji tuk diskas about the party, dan memohon iza supaya mengkontrol si aimi supaya balik dengan selamatnya memandangkan aimi memegang watak penting dalam filem arahan saya yang bertajuk Sperais Befday Parti Tuk Aimi De Sengetsss...ann pula ditugaskan utk menyetelkan urusan penempahan dan pengambilan cupcake sehingga selamat berada di dalam perut geng2 rumah no 7 dan rumah no 10...

iza awal2 mereportkan setiap masa untuk memastikan majlis berjalan lancar...aimi tiba di lokasi kejadian kira2 jam taktau pukul berapa sbb tak sempat tgk jam...tp sempatla aku dan encik suami pergi membeli kepci dan minuman2 dengan duit yang disponsor oleh kawan si ann..mudah-mudahan murah rezeki si encik pemurah hati itu...

jeng...jeng...jeng...adegan seprais menyeprais pun berlaku di mana kami menyerbu bilik aimi dgn membawa cupcake yg telah dipasang dgn lilin besar dabak (idea encik suami) sehingga membuatkan aimi terkejut nasib tak lemah jantung dan menangis berair mata..opkos la kan, takkan la plak menangis berair pepsi ke teh ais ke kan...suasana syahdu syahdan yang tak berapa nak syahdu...buat apa nk syahdu2, ni majlis tuk bergembira bukan utk meratapi kematian ke hape kan...si aimi agak terharu dgn sambutan yang dibuat utk befday dia...

selepas tu, penat dah la nk citer, tengok jerla gambar tu ek...


serbuan dibuat, kelihatan aimi yang terkejut tak berapa nk beruk sangat...

unik tak? eleh tak kunun, tauuu korang jeles kan?? kan??



janganla nangis..tak macho ar beb...

tak ayu langsung tiup lilin...gaya mcm nk tiup api serombong kapal jer...


mari menjamu selera...dengan kfc dan cupcake...lalalalala~~~

qariah2 yang memeriahkan majli...ek ehhh, encik suami pun ada..wakil qari dr melaka....hihihi...



pasangan bahagia...


serius rasa mcm tak lengkap la plakkan kalo tak letak gambar gaya romantik cenggini kat blog kan...

post signature




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 ulasan:

@iM!_giMMoy berkata...

wahahahaha.....
thanks to all of u...luv u guys..
mmmuuuaaahhh!!!!
(sekali lagi di tekankan..ciuman ini dikecualikan untuk abang b...hehehe...)