akhirnya....

akhirnya aku kembali berblog setelah bercuti lama...cuti raya plus cuti kawin...2 minggu tu...lama siottt...tp still rasa tak puas lagi..malas betul rasanya nak masuk keja balik..tp apakan daya, sudah tanggungjawab aku kan, kena la keja jugak...yang paling aku nak hailat, aku skang dah bertukar status dari single kepada telah berkahwin...hihihihi..suka amat....

mcm tak caya pun ada, yang aku ni dh jadi wife orang..dulunya dia adalah kawan, pastu merangkap pakwe, then menjadi encik tunang, kini dia adalah encik suamiku...sapa lagi kalo bukan Mr. Cool...atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman...atau lebih dikenali sebagai ejam...

kalo nk citer kisah aku ngn encik suami ni mcm panjang jer..yer ar kami kenal dulu just sebagai kawan dlm kelab myvians, jumpa pun atas dasar kelab...mula kenal dia dlm bulan 2 thn 2008, tu pun just bertegur sapa di YM...then 1st jumpa face to face lam bulan 3 kot...declare as pakwe makwe hujung bulan mei...jumpa family dia tgh bulan jun, dia jumpa family aku hujung bulan ogos masa nak sambut merdeka n awal pose...mengikat tali pertunangan pd 25 januari 2009...then diakad kan pada 25 september 2009...maka bermula la status aku sebagai isteri orang...mcm sekejap sgt proses perkenalan n progress lam hubungan kami...tp dah kalo jodohkan, akhirnya kami ke jinjang pelamin...dan InsyaAllah, aku harapkan hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami...aminnn...

sebelum ni kami berahsia dengan hampir sumer orang terutama kengkawan dalam kelab myvians...tkder sorang pun dalam kelab tu yang tau tentang kami...hanya kengkawan rapat aku jer yg tau pasal kami...tkder niat lain pun nak rahsia2...cuma taknak heboh2 sbb belum ada kepastian kan...risau jugak kalo tak jd, jodoh pertemuankan di tangan Allah...so kami sepakat tak perlu nak canang pada dunia tentang hubungan kami...dah sampai masa baru diwar2kan...sehinggalah siap tercetak kad perutusan raja sehari...masa tu la berita tentang majlis kami dihebohkan pada semua...memang ramai yang terkejut giler terutama dlm kelab myvians...sbb dorang tak sangka aku n ejam nak kawin...hehe...

begitulah serba ringkas tentang kami...banyak jugak dugaan yang aku tempuh untuk melalui saat2 ni...tp mungkin sudah menjadi ketentuan, segala dugaan dan cabaran dapat aku harungi dengan tabah...moge2 lepas ni, aku lmasih tabah dan lebih cekal untuk mengharungi hidup sebagai isteri orang..bukan senang weiii...mcm2 harus difikirkan...skang pun aku baru nak belajar bertukar fasa, masih belum biasa tapi harus jugak membiasakan diri...doakan aku yer...

kalo ada masa terluang, InsyaAllah aku akan uplod gambar2 masa majlis akad nikah, majlis sanding n majlis sambut menantu nanti...terima kasih sangat kepada kengkawan aku yang sudi hadir pda majlis bersejarah aku ari tu...juga terima kasih pada student2 aku, sudi jugak hadir majlis sanding aku..thanks to all k...aku sangat2 menghargainya....

sambung nanti k..mcm dh pening2 lalat ngadap laptop ni....

post signature





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

4 ulasan:

iLyanayahya berkata...

selamat pengantin baru kak nor. semoga berbahagia sampai akhir hayat...

norsaritanaini berkata...

haihhh

norsaritanaini berkata...

hehe

Mawar_berduri berkata...

tahniah ..dan selamat Pengantin baru ....seronok ye dah tawen...huhu