Induksi: En. Jati Diri

ari ni hepi sangat sbb sesi ceramah yang sepatutnya sampai petang, dihabiskan sebelum waktu lunch td...kiranya petang ni aku free la..tp malam ni ada la sesi ceramah...dah hampir tepu otak ni asyik dgr ceramah jer dr pg sampai malam...tp nak wat cmne..dah menjadi tanggungjawab aku sebagai penjawat awam...kena la patuhkan...lgpun ianya amat berguna tuk aku gak...

skang ni aku nk citer pasal En. Jati Diri...nama betul dia tak perlu la disebutkan...kang tak pasal2 lak aku kena saman, tp aku bukan nk buat kenyataan yang menyalahi undang2 pun...aku just berminat nak berkongsi pengalaman aku bila mendengar ceramah beliau...lagipun beliau selalu jer bgtau kami supaya berani menyuarakan apa yang kita rasa..jangan takut2..tp jgn salah faham lak, aku bukan nk citer keburukan dia...

actually, aku bangga sangat dengan En. Jati Diri ni...dia ni orang kelantan la...sepanjang sesi ceramah dia, dia guna loghat kelantan...tp ada gak campur2 sikit la ngn bahasa stendet, tp tak lari la dr bunyi dia...kiranya jati diri dia memang kuatla...mlm td, sesi "berkenal-kenalan" dgn dia la...ada satu cerita dia bgtau, yg dia ni penah gi Hull, Montreal...masa tu dia kat kedai nk beli rokok...dia bantai ckp kelantan "nok rokok so"...orang yang jaga kedai tu terus bg rokok kat dia...kwn dia ckp, dia terror la kan sbb ckp klate tu pun org tu faham kan...tp yg sebenarnya dia kata, org tu faham dia ckp "so" tu sir...pastu masa kat sana, dia tk ckp english pun...tp dia still leh berkomunikasi dgn org2 Hull ni...so dia ckp dia bangga dgn jati diri yang ada pd bangsa Hull tu...yang tak suka ckp english sbb bukan bahasa dorang...maknanya sama mcm En. Jati Diri ni la...asyik guna loghat klate je sepanjang ceramah dia...ada yang tak faham pun...aku ni faham la kan sbb aku oghe klate...sbb tu aku panggil dia En. Jati Diri...

pastu dia ni mcm suh kami2 ni bg pendapat or menyuarakan apa yang kami rasa, tp sumernya mcm tak memenuhi kehendak soalan dia...mesti de jawapan lain yang dia bagi..ibarat mcm akan kena kepala sendiri la bila bercakap kan...aku paling banyak kena gak..asyik dok usik aku pasal topik pengucapan awam aku malam td...asyik dok ngusik pasal nak kawin...sampaikan de member ckp aku dh jd peserta fabret En. Jati Diri ni...tp mungkin sbb aku duduk kat depan sekali kot...tu yang dia asyik nampak jer....org lain pun kena usik jugak, nak2 de sorang budak chinese tu, selalu jer kena...sampaikan muka budak tu kemerah-merahan kena usik...

tp de satu benda yang dia share ngn kami td..lagu2 n penyanyi fabret dia...sebelum ni aku taknah dgr pun nama penyanyi dia...En. Jati Diri ni de bgtau satu lirik yang dia paling suka iaitu "jangan lihat siapa bicara, tp dengar apa katanya"...aku pun agak tertarik jugak bila mendengarnya, makanya aku menggugel la..so aku jumpa lirik lagu...penyanyi ni dr Indonesia, Ebiet G. Ade..tajuk lagu dia Catatan Seorang Penyair...lirik penuh dia de kat bawah nun..aku rasala kan, secara sepintas lalu la...lagu2 Ebiet ni lebih kepada keinsafan diri la...lirik dia bawak maksud yang mendalam,kena fahami dengan betul...dan En. Jati Diri bgtau td, lagu Camelia nyanyian Sweet Charity ke apa tah adalah lagu Ebiet ni...aku nk try download lagu dia la nak dgr...kalo rajin, cuba la korang dengar lagu dia...nanti leh share info...

Pengembara, penyair jalanan
Sepi ia semadi di dalam sanggar
Langlang jagat raya
sekejap dari dalam bilik
Berbantal setumpuk buku
Memasang mata dan fikiran

Ada kabar apakah gerangan
dari bumi belahan seberang?
Kami rindu suasana baru
Di sini telah terasa pengap,
di sini telah terasa gelap

Perjalanan di dalam batin
Merangkak di atas langit,
menyusuri semua ngarai
Banyak yang tersembunyi
dan belum sempat terungkapkan
Rahasia lingkar Bima Sakti
Misteri mesti diuraikan

Mari kita kupas seluruhnya
Jangan sisakan barang sedikit
Langkah baru segera kita ambil
Mengakhiri cerita kusam
Salin dengan cerita indah

Mengembara, menembus ruang,
batas mimpi-mimpi, dan alam sadar
Lewat tiga langkah pandangan dan fikiranmu
Tetapi kadangkala kabur
Terpaut jarak terlampau jauh

Marilah kita coba dengarkan
jalan fikirannya yang cemerlang
Siapa tahu dapat kita mengerti
Jangan lihat siapa bicara
tapi dengar apa katanya


post signature





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: