hoyehhh..hoyehhh..dah dapat makan durian...



Semalam keinginan aku untuk makan durian membuak-buak lagi sekali. Sejak dr minggu lepas asyik dok mengidam nak makan durian, teruatama sekali pulut durian la. Akhirnya terlepas gak hajat walaupun bukan pulut durian, but just durian jer. It's ok asalkan namanya durian, bukan nangka atau cempedak.
Balik jer dr opis, terus gi ke pasar mentakab dengan opismate aku, misi kami hanyalah untuk mencari durian yang diidam-idamkan. Rupanya bukan aku sorang yang mengidam nak makan durian. Si nurrul pun mengidam sama, tp kira logik sikit ar dia ngidam sbb dia pegnen. Tak macam aku ni, ngidam tak kira masa. Kalo dah teringin tu, tak boleh kata tidak, kena gak cari, kena gak dapatkan. Dah dapat tu, baru bleh dok tenang. Nasibla sapa jadi laki aku....hehe.
Tambahan plak aku puasa semalam, nafsu nak berbuka tu ibarat mcm puasa di bulan Ramadhan. Bukan setakat durian aku teringin nak makan. Macam-macam aku nak makan. Rambutan pun teringin jugak, tapi dilarang keras oleh si Aimi yang mengatakan tak elok untuk kesihatan sekiranya makan rambutan dan durian bersama-sama. Depan-depan tuan kedai yang jual rambutan tu dia sergah aku supaya jangan beli. Nasib baik aku ni seorang yang patuh dan tidak suka melawan (ya ke? uwekkk..hehe), aku ikutkan sahaja la. Menonong jer balik ke kereta. Takpela, lain masa ada lagi. Masih boleh nak merasa rambutan yang diidam-idamkan tu.
Lepas jer berbuka semalam, seusai solat maghrib, terus jer ngadap durian tu. Tak banyak pun aku makan, hampir-hampir 5 biji kot, eh silap 5 ulas...kot. Perut dan kenyang waktu berbuka tu, so tak boleh nak masuk banyak la. Lagipun, aku memang tak boleh nak makan banyak-banyak durian ni, cepat muak. Kalo time mengidam nak makan tu, ibarat 5 biji boleh habis, tapi kalo time makan, sikit jer boleh masuk. Yang tak habis makan tu, noora buat bubur. Permintaan dr Azmir, dia suruh aku buat, tp aku penat, passing jer kat Noora yang baik hati. Makanya dia pun buatla bubur durian. Pagi tadi kami ramai2 bersarapan cecah roti dengan bubur durian. Sedap sehingga menjilat jari. Orang lain la, bukan aku okey. Hehe.

post signature



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 ulasan:

YuSniZa berkata...

Sedapnyerr dgr k.noor makan durian..meleleh air liur ni..hehehe