Warkah Buat Datuk Shah Rukh Khan dan Puan Kajol

Norsaritanaini,
Melaka.
06 November 2008

Kehadapan Datuk Shah Rukh Khan (baru dpt gelaran datuk, aku tgk kt berita sat2, siap pakai baju melayu bersamping bersongkok lagi dia terima anugerah) dan Puan Kajol. Diharapkan kalian berdua sihat hendaknya.

Memandangkan kalian berdua sangat sibuk dengan urusan masing-masing, maka saya pendekkan utusan warkah saya untuk kali ini. Tujuan saya melembarkan warkah ini adalah untuk bertanya kenapa sudah tidak ada filem2 baru yang kalian berlakon bersama. Saya teramat ingin nak menonton filem2 gabungan kalian, kerana bagi saya kalian ada chemistry bila berlakon bersama. Saya amat suka lakonan kalian dalam filem Kuch Kuch Hotak Hang..eh silap Kuch Kuch Hota Hei dan Kabhi Khusyi Kabhi Gam (maaf kalau tersilap eja, anggap saja masalah typo).

Untuk pengetahuan kalian, sudah sekian lama saya tidak ambil pusing dengan kewujudan filem2 hindi sejak berabad lamanya. Saya pun tidak tahu mengapa. Dan hari ini semasa melayan filem hidustan di TV, tiba-tiba terlintas di fikiran saya bahawa sudah lama saya tidak menonton filem lakonan kalian. Oleh itu, sekiranya kalian ada kesempatan waktu, sila lah berlakon bersama untuk tatapan saya di kemudian hari.

Setakat ini sahaja warkah saya. Sehingga bertemu lagi di lain waktu. Tidak sabar untuk menanti filem lakonan kalian. Saya akhiri warkah ini dengan serangkap pantun "pecah kaca, pecah gelas, dah tau takkan baca, sbb tu tak suruh balas".

Yang benar,
Nor


wah korang mesti tak percaya atau ketawa terbahak2 baca entry aku kali ni kan...aku pun taktau nape gak tetiba aku nk buat entry ni nih...setelah sekian lama aku tak berkecimpung dalam bidang menonton citer hindustan kat tv mahupun cd, hatta vcd dan apatah lagi dipanggung wayang...namun siang tadi bersaksikan patung katak kesayangan, tradisi dipecah apabila aku melayan 2 citer hidustan sekaligus, tayangan di TV2 dan TV3...sementelah sekarang aku dibenarkan pulang kul 1 petang atau dengan kata lainnya halfday ajer...sebelum ni keja sampai kul 5 petang...kalo ponteng pun sbb ada hal lain, mana sempat nak tgk tv...tkpun kalo tgk tv pun, tv yang tgk aku dulu, aku membuta...

mula2 tgk yg TV2, pelakon dia Rani Mukerji dan Ajay Devgan...best citer dia...kisah yang menarik, tp citer tu dah half aku tgk sbb dia start kul 12.30, aku sampai umah 1.30 ptg td...tp biasala dah namanyer citer hidustan, konpem leh fahamnya...jalan citer dia aku ringkaskan la ek, tkyah nk golek2 nari nyanyi la...si ajay ni upah rani berlakon tuk kawin ngn dia, tujuannya nak kasi sorang lg pompuan ni jeles meles la sbb ajay suka kt pompuan ni tp bertepuk sebelah tgn la, dlm dok berlakon tu rani terjatuh cinta sungguh2, ajay pun sama, tp ego kan, taknak ngaku...lebih kurang gitu la citer dia...korang agakla kesudahan dia cm mana..konpem la hepi ending kan..kalo tak panggung dorang kat India nun kena bakar kalo sad ending...aduhh tengok!!! nk citer pendek jer, tp jd panjang jugak..mmg konpem citer hindustan la...tu blm citer yg TV3 lak..hmm...malas la nk citer sgt TV3 nyer...aku layan sampai habis tu, konon nk buat ubat tido, last2 tak tido2...

actually aku anta warkah pada shah rukh khan n puan kajol ni, sbb aku rasa dah lama aku tak tengok citer lakonan depa berdua...tahla, suka tgk dorang tu...mcm kamceng ajer...haha...giler apa aku ni, tetiba obses ngn citer hidustan plak...dah takder keja gamaknya nih...



post signature

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: