Special menu of the day..Laksa Johor

hari ni sekali lagi aku terlebih rajin...actually dr semalam lagi semangat berkobar2 nak buat Laksa Johor...sementelah masih ada saki baki spaggeti yang ada dlm stok simpanan...kiranya ini kali pertama cubaan aku tuk memasak Laksa Johor yang sebelum ni makan pun tak penah...Laksa Singapore penah la makan kat Laksa Shack tuh, tp taktau ler sama ke idak...ni kira special menu la...kalo masak Laksa Kelantan tu, aku tau ler...dah lama dah nak cuba masak tp asyik tertangguh jer..so kali ni aku dah berjaya mengrealisasikan impian aku...entri ni sejurus selepas aku melantak Laksa Johor masakan aku tersebut...jangan keliur plak...perahsantan la tu kunun...hehe..

dek kerana aku tak penah tau cam mana caranya orang masak laksa ni, begitu juga bahan-bahannya, lalu aku menggugelkan resipi yang ada...ada banyak versi rupanya..ada Laksa Johor Ori..Laksa Johor Jati..Laksa Johor Jelita...naik pening gak mana satu yang aku nak cuba nih..last2 aku decide amik resipi yang paling simple iaitu Laksa Johor Jelita...manala tau lepas makan boleh jadi jelita plak...kehkehkeh...dan yang aku perasan, bahan2 dan cara masakan hampir sama even namanya berbeza...cuma ada lebih ada kurang la...kat bawah tu aku attach resipi yang aku guna, dari laman sesawang http://www.resipi.net/...


Bahan-bahannya
500 g spageti, direbus hingga lembut ~ saki baki yang ada jer
1 biji timun, dihiris bulat
Daun kesum, dihiris halus ~ aku abaikan sbb tkder kat pasar
Tauge, dicelur ~ abaikan jugak
Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambal
Limau kasturi ~ limau nipis sbb dah ada lam peti ais

Bahan-bahan kuah
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris ~kisarkan
2 ulas bawang putih, dihiris ~ kisarkan
2.5 cm halia, dihiris ~ terlupa nak masukkan..ish..ish...
1 bungkus rempah kari ikan ~ tersalah beli daa, aku gi beli rempah daging/ayam..taram sajerlah
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa ~ guna santan UHT tu jer...hehe...
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar ~ setengah kata guna ikan tenggiri..tp td aku guna ikan kembung je...hehe...
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam gelugur
200 g udang, direbus ~ tak terbeli
50 sen udang kering ~ tk jumpa di kedai berdekatan
1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik ~ beli yang ready made..senang
Garam & gula (yang ni aku tambah sebagai pelengkap rasa sbb aku tak guna pak aji) secukupnya


Cara membuat kuahnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.
4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
5. Hidangkan spageti bersama kuah dan bahan-bahan lain.

secara keseluruhan, aku tak ikut sangat pun cara2 kat atas tu, men campak ikut suka hati aku...kelentang kelentung...kelentang kelentung (uiks tipu jek tau, aku masak dengan ayunya..mana de bunyi2 segala...haha)...siappp...apa lagi yang ditunggu, menjamu selera la kan...hmm..not bad, bagi aku la....kiranya berjaya walaupun pada cubaan pertama...abis semangkuk aku makan...kalo jamu orang, tak sure la orang leh terima ke tidak...hehe...dahla masak ikut suka hati...tapi kalo korang nak rasa, apa salahnya...ada lebih lagi kat dapur tuh..hehe..mehla...jemput..jemput....

post signature





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 ulasan:

[yAN!e][pUTraJAya] berkata...

sedap nyer laksa johor...

mengidam lak yanie pepagi nih

kekkekke

=]

norsaritanaini berkata...

yanie, akak masak tu cubaan pertama tau..taktau ler leh panggil laksa johor ke tak..men ikut suka campak jer..hehe..anyway, yanie ada resipi laksa johor tak?