Manipulasi emosi untuk mengawal minda….

Korang penah dengar ke baca ke jeling ke tajuk kat atas tu? ”manipulasi emosi untuk mengawal minda”..sebelum ni aku pun tak penah dengar, baca atau jeling pun..tp setelah aku termenonton filem korean yang bertajuk ”seducing Mr. Perfect”...ada satu dialog yang dituturkan oleh Mr. Perfect (hensem wooo dia ni)..”manipulate your emotion to control your mind”...lebih kurangla, lupa lak ayat betul dia, aku tak hafal dialog k...aku tulis lam bahasa omputih sbb subtitle dia omputih, bahasa korea aku tak reti, even dah berpuluh2 filem n drama korea aku tgk, tetap tak faham2..harap ada subtitle jerla..hehe...

Back to the topic, actually quote tu menarik perhatian aku..bila pikir2 balik, tersangatlah bersetuju dgn quote tersebut...”manipulasi emosi tuk mengawal minda”…seperti yang diketahui umum, kita ni penuh dengan emosi kan..sama ada ditunjuk secara lahiriah atau dipendam batiniah sahaja…mustahil langsungla kalo wujud orang yang takder emosi…kalo pun ada, for sure ada something goes wrong somemhere, maybe tersalah wiring kat otak dia agaknya…

Adik2, kakak2 n abang2 sekalian, definisi emosi berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih, marah dan lain-lain), manakala Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan)...cesss, mcm pakar motivasi la plak...anyway, sumer orang faham rasanya apa itu emosi...

Cumanya yang aku nak hailat kat sini, bagaimana caranya kita nak manipulasi emosi kita supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan emosi kita tu...faham2 jerla kan kalo dah ikut sgt perasaan marah ke, sedih ke...mcm2 hal yang kita akan lakukan di luar batas kesedaran kita sendiri...dan secara tak langsung akan menyumbang kepada kesengsaraan diri sendiri, murung la, tak ramai kawan la, pendek kata hidup takkan bahagia la...asyik bermasalah jer kan...

Kita perlu pandai mempergunakan atau mengambil kesempatan di atas emosi kita supaya kita boleh lakukan sesuatu yang menguntungkan diri sendiri...cara2 yang betul cam mana nak manipulasi emosi tu, tdk la plak aku ketahui sgt2 sbb aku belum cukup ilmu pengurusan saikologi lagi...tapi kalo pikir secara logik akal la kan...contohnya kalo kita rasa marah sgt2 ngn seseorang, cuba alihkan perasaan marah tu dengan pikirkan benda lain yang leh menghiburkan hati...takpun kalo rasa sedih, cuba pikirkan jalan lain dgn melakukan benda2 yang kita suka, keluar jenjalan ke...bila kita buat smthing yang kita suka, opkos la kita leh lupa sementara masalah yang melanda sehingga kita cool semula...bila dah cool tu, barula kita pikirkan semula apa yang telah terjadi, baik buruk n apa tindakan yang harus kita ambil...yang paling penting kita harus selalu optimis dan berfikiran positif...betul tak kengkawan?

Bila kita dah tau cam mana caranya nak manipulasi emosi tu, so bolehlah kita berfikir dengan waras...bertindak dengan berkesan tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita...tp itu semua terpulang pada diri sendiri...bukan senangkan nak kawal emosi kita tu..kadang2 aku sendiri pun terlalu mengikut emosi...tapi sekarang harus aku belajar bagaimana caranya nak manipulasi emosi aku supaya boleh bertindak secara waras...boleh berfikir dengan betul..dan yang paling penting boleh hidup happy jer...

Pssstttt: Sori ler kalo apa yang aku taip kat atas tu ada yang tak betul...tgh mamai lagi ni...ngantuk sehhh...skang ni aku cuba nak manipulasi rasa kemengantukan aku di pagi hari dengan berblog...tp still tak berjaya, tetap gak rasa mengantuk...huarrggghhhhhhh...

post signature

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 ulasan:

RajaCilik berkata...

Barangkali artikel mengenai "manipulasi emosional" berikut juga berguna bagi rekan rekan lainnya >> Manipulasi Emosional ?