kisah jerawat...

Di suatu petang yang hening, angin bertiup sepoi2 bahasa, senario yang sesuai untuk beriadah sambil berjogging menyihatkan badan sambil membuang segala lemak2 yang tidak diperlukan. tp bukan itu yang aku lakukan, aku menghalakan kereta ala-ala romantik sesuai dengan suasana petang itu ke kedai tayar berdekatan memandangkan aku telah mendapat nasihat percuma dari Penasihat Servis Perodua, Cik Adik Manis (bukan nama sebenar) supaya melakukan "balancing n rotation" utk tayar myvi kesayanganku yang kelihatan telah botak sebelah.

Sesampainyer aku di sana, kecewa kerana terpaksa menunggu giliran disebabkan ada sebuah wira yang mendahului myviku sedang tengah elok parking untuk membuat "alignment". Dengan emosi yang penuh kesabaran dan tenang-tenang sahaja, aku menunggu di dalam kereta sambil melayan celoteh DJ bertugas dan lagu2 yang berkumandang di corong radio pilihan "lebih hangat dari biasa" sesambil mencuri perhatian ke arah gelagat 3 orang gadis (aku agak masih gadis lagi, masih belia remaja kelihatan dr raut wajah) dan seorang jejaka teruna (mungkin). Dari pemerhatian aku secara kasar, rupanya salah seorang dari mereka adalah pemilik kepada wira tersebut. Memandangkan mereka betul-betul berada di koordinat tegak 90 darjah dari mata aku, maka aku memerhatikan sahaja gelagat mereka.

uhhh, letih plak buat ayat skema nih, nak kena taip n susun ayat satu...maaf, aku bukan sengaja nak menyalahgunakan bahasa melayu, nanti aku betulkan bila aku rajin yer...

nak dijadikan cerita, dlm aku dok tgk2 gelagat dorang ni, dapatla aku membuat hipotesis bahawasanya salah seorang dari gadis bertiga tu adalah awek kepada jejaka tersebut (gadis yang berpakaian baju hitam)...dan hipotesis aku hampir tepat bila mana aku tengok jejaka tersebut dengan selamba rock hip hopnya memicit jerawat si gadis baju hitam...sebab takkan la si jejaka tu sanggup nk picit jerawat si gadis tu kalo si gadis tkder kena mengena ngan dia kan (kalo aku, takder mananya nk suh pkwe aku tlg picitkan jerawat...tkpun kalo aku suh dia picit, konpem dia akan jawab "apa kejadahnya nk suh tlg picit jerawat nih? apa dah tk boleh nk picit sendiri, ngengada tull"..ha kan dh kena sebijik..)

aku tengok jer sesi picit memicit jerawat tersebut..punyala sungguh2 berusaha si jejaka tu..aku salute gak la...hahaha...aku dah hampir nak tergelak masa tu...yerla kan kot yer pun nk picit jerawat awek, toksahla kat khalayak umum, malu weh kalo aku...inilah budak zaman sekarang, dah tkder perasaan malu langsung, bebas jer nak buat apa pun...dannnnnn yang paling aku memang tkleh nak tahan gelak bila mana datang seorang pakcik yang mungkin telah dikenali oleh si jejaka tadi...terus jer hulur tangan salam...salam bersambut tanpa pakcik itu ketahui yang tangan si jejaka tu baru jer lepas picit jerawat awek dia...yang pastinya BELUM BERBASUH...kahkahkahkahkahkah....kesian pakcik tu, mau berjangkit jerawat lepas ni...jerawat batu plak tuh...ishishish...


iktibar sepintas: sebelum tangan bersambut salam, tilik2 la dulu tangan si penghulur salam sebab kita takkan tau apa yang telah dibuat dengan tangan tersebut sebelum itu, kemungkinan baru lepas melombong bijih, mengorek lubang atau sewaktu dengannya. takpun, jangan lupa basuh tangan selepas bersalam kalo korang ragu2 dengan kesahihan kebersihan tangan tersebut...ataupun guna DETTOL REFRESHING HAND FOAM - ANTIBACTERIAL..boleh guna kat mana2 dan bila2 masa sahaja...tak sanggup ai...pellissss...



post signature





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

3 ulasan:

~SeCreto~ berkata...

hhahahahaha...kak..cuci mata ekkk...nak juin..nak juin..huhu..

remaja zaman skrg..macam tu lah..dh xde dh adat sopan..pergaulan bebas..bertepuk bertampar perkara biasa..peluk cium satu trend...pakai tudung, tunjuk pusat satu kebanggaan..ish3..cmne la nak cari llaki/ppuan yg beriman+patuh ajaran Islam nnti ye..pancaroba skrg terlalu byk..huhu..(ceh..byk lah plak tazkirah sy ari ni..hua3..tp pkara tu lh yg merisau kan sy skrg neh..hahaha..)

norsaritanaini berkata...

wah..wah...ni dah boleh ganti Ustazah Bahiyyah ni...hehe...

nak wat cam mana dik..zaman dah maju, dunia dah berubah...tanpa pegangan yg !, itulah jadinya...mintak dijauhkan ahli keluarga kita dari jd cenggitu...

Zimah's Depart berkata...

hubby I selalu picitkan jerawat I..
camne tu..hahaha..