Fikir, berfikir dan memikirkan...

fikir, pikir, pikior, pikiaq, berfikir, memikirkan, mikior,...tu sumer satu maknanya jer tu...berfikir, semua orang selagi berpijak dibumi nyata, selagi diberi akal yang waras dan selagi iman menguasai hati sememangnya akan berfikir...kalau binatang, aku tidak pasti dan aku tiada jawapan untuk itu...mungkin ia berfikir sebagaimana lumrah nyer sebagai binatang...wallahuallam...


bagi aku berfikir adalah suatu keperluan, dan seharusnya berfikir menggunakan akal, jangan hanya menurut kata hati...berfikir sebelum bertindak boleh menyelamatkan kita dari melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri...atau org putih selalu kata THINK FIRST, ACT LATER...


namun, sejauh mana pemikiran kita, berfikir ala kadar atau lebih kurang sahaja atau berfikir sampai nak pecah kepala otak? semua tu terpulang kepada diri masing-masing...yang paling penting, berfikir sebelum bertindak...jangan kerana sifat terburu-buru dan terlalu ikutkan nafsu, penyesalan yang harus diterima kelak...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...


alangkah bagusnya kalau sepanjang masa aku seperti di atas, sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu...menimbang baik buruk sebelum membuat keputusan...tidak...tidak selalunya begitu, kadang-kadang aku juga suka menurut kata hati..dan terkadang jugak aku suka berfikir sampai terlebih fikir..dari masalah yang simple sehingga menjadi masalah yang rumit, yang boleh membebankan fikiranku sendiri...tapi tkderla sampai pecah kepala otak...waras lagi nih...


"istilah terlebih fikir hanya wujud dalam kamus hidupku apabila memikirkan sesuatu yang aku inginkan dan aku tidak pasti bagaimana caranya untuk aku berusaha untuk memperolehinya"


korang faham tak stetmen aku kat atas tu? tahla, aku sendiri pun tak faham...tak usah fikir sangatlah, kang tak pasal2 terlebih pikir, jadi mende lain plak...


psssttt: berfikir itu tersangat perlu, tetapi jangan sampai merumitkan keadaan...bila keadaan dah jadi rumit, lagi la pening fikiran...

post signature

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: