Pilihan...

Kita sentiasa diberi pilihan, namun untuk membuat pilihan tidak semudah yang disangka. Begitu juga aku, terlalu banyak pilihan yang aku ada, namun untuk memilih terasa amat sukar. Ini kerana ketidakyakinan yang dirasai jika sekiranya pilihan yang dibuat adalah kurang menepati hasrat yang diinginkan. Perasaan takut dan waswas sering menghantui diri sehingga diri sendiri buntu pilihan apa yang perlu ditentukan. Kan mudah, jika terus ditentukan, terus tersurat tanpa perlu tersirat. Senang untuk kita menghadapinya. Namun, terpulang kepada individu, tabah atau tidak untuk menghadapi ketentuan itu.

Pilihan-pilihan yang ada sering membuatkan akal fikiran kita bertungkus lumus bekerja, tak kurang juga menjadi beban perasaan yang menghimpit. Walaupun kita tidak suka, namun lantaran tuntutan kehidupan perlu juga kita teruskan. Demi untuk menunggu sebuah kepastian, terasa penyeksaan yang ketara. Paling menyeksakan jika ianya melibatkan ketentuan masa depan. Tambah parah lagi jika ianya melibatkan hati dan perasaan. Harus memilih yang tepat demi untuk menjamin kebahagiaan hidup yang berpanjangan.

Psstttt:: kan bagus kalo leh buat ramalan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan..haiiiihhhhh....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

4 ulasan:

StingRay berkata...

lambung dadu sudah....kalau busan lambung dadu..lambung dapur gas sekali-sekala apa salahnya...

microwave juga boleh...

tasikmerah berkata...

pilihlah aku... ahaks.



.

norsaritanaini berkata...

StingRay: manjang nak lambung dadu, penat wooo...lambung dapur gas, silap ari bulan, rentung lak..byk dah kes tong gas meletup ni...boleh menyebabkan maut tu...

tasikmerah: anda mesti pilih!!!!

Zimah's Depart berkata...

AFUNDI zimah..hehe..