Lega separuh...

Alhamdulillah, segala urusan yang perlu diuruskan untuk menghadapi dua UJIAN GETIR, hampir-hampir berjalan dengan lancar seperti yang aku inginkan...walaupun ianya belum lagi sempurna 100%, sekurang-kurangnya ia berjaya memberikan separuh kelegaan buat jiwaku yang kacau dan terhampir sasau...hehe...

permohonan cuti diluluskan, tiket2 sudah siap dibeli, temujanji sudah termetrai dan kini cuma perlu menunggu tibanya saat-saat yang dinantikan...saat-saat yang kurasakan agak sukar untuk aku tempuh...

akan tiba waktunya, aku bakal "menjelajah" dari selatan ke timur, dari timur ke utara, dari utara akan merentasi barat untuk ke selatan semula...cukup lengkap satu pusingan...

kini debaran yang kurasa makin memuncak, degup jantung ibarat bom jangka, deru nafas tidak semalar dulu, dan mungkin juga tekanan darah sedikit meningkat...ini semua bahana ujian getir yang bakal ditempuhi...aku harus lalui dengan tabah...dan aku nekad...tidak boleh terkandas lagi...moga dipermudahlan segala-galanya...

namun yang menjadi kehairanan, selera makan masih sama dan selera tidur makin bertambah...hmmm, itu tandanya aku masih waras...dan malam ini masih sempat kiranya untuk aku enjoy yang tidak berapa sakan...sekurang-kurangnya untuk stabilkan kembali degup jantung yang ibarat bom jangka, malarkan kembali deru nafas dan seimbangkan semula tekanan darah...siapa mahu ikut? jom....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: