Bowling...

setelah sekian lama aku tinggalkan, akhirnya ahad lepas aku berpeluang melangsaikan hajat yang tertangguh iaitu bermain bowling...dah hampir 3 thn rasanya kali terakhir aku tinggalkan hobi yang baru nak bercambah...ketiadaan teman dan ketidaksesuaian masa menyebabkan aku tdk berpeluang untuk bermain...

perancangan selalu dibuat tetapi ada2 sahaja alasan yang memaksa aku membatalkan keinginan yang terpendam...ahad lepas pun hampir2 tergendala, namun sudah tersurat agaknya, jodoh kami bertemu..di Ampang Bowl aku bertandang bersama dengan rakan2 yang lain...cuma 1 game, tidak puas rasanya...namun kesuntukan waktu dan kekurangan budget, memadaila walau cuma 1 game, boleh juga melepaskan gian yang ada...

bertahun-tahun ditinggalkan, bukan juga bekas juara sebelum ni, balingan mula2 tersasar ke longkang, lain yang di'aim', lain plak yang dituju...sungguh hampa, namun tidak kecewa...cubaan dua tiga kali membuahkan jugak hasil... tiga or empat kali 'strike'..mungkin...terlupa sudah...pencapaian yang sudah boleh dibanggakan setelah lama ditinggalkan...jumlah keseluruhan jatuhan pin 93..hmm, hampir hebat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang selalu bermain bowling...hebat lah bagi orang yang sudah lama meninggalkan permainan, kemahiran yang ada pun hampir dilupakan...

niat di hati, akan ada kali kedua, ketiga dan yang ke seterusnya...bukan untuk latihan kemahiran, hanya untuk suka-suka sahaja, demi suatu kepuasan dalam diri...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

4 ulasan:

ZARA 札拉 [사랑해~] berkata...

selalu menolak pelawaan untuk bermain bowling~

hik3~

malas mau try~

norsaritanaini berkata...

naper tolak? rugi..best tau men bowling...hehe...

poyotito's berkata...

meh main ngan gua.
takat 150 tu memang gua tak pernah dapat!!

norsaritanaini berkata...

jom ar...