Seminggu sudah...

I miSs tHe oLD dAYs.... I MIss oUR lASt meMOriES... WhaT I mISs tHe mOSt iS yOU...
| di 9:38 PTG
| di 7:48 PTG
| di 11:51 PG
semenjak dua tiga menjak hobi lama aku bertandang kembali, kemalasan pulak yang melanda untuk membuat pembetulan tesis...malas yang amat...tapi aku kuatkan semangat jugak..target asal nak siapkan sebelum minggu hadapan...so nak tak nak, hujung minggu ni aku kena usaha jugak tuk menyiapkan semua nyer...USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!! HAJA HAJA FAITI!!!!!!
dah rasa nak termuntah mengadap tesis ni...namun perlu kuteruskan jugak, lepas jer hantar hard cover nanti, merdeka la aku dari problem yang membelenggu selama hampir 5 tahun...dan juga tercapailah salah satu dari tiga impian besar dalam hidup aku..lama giler...kalo ikut schedule yang betul, dah boleh dapat title Doktor Falsafah dah aku...tkper2, aku harus bersyukur, sekurang-kurang nyer dapat jugak aku habiskan...
apsal la hobi baca novel ni muncul tatkala aku seharusnya berhempas pulas menyiapkan tesis ni...sajer cari alasan, dah memang dasar pemalas...opsss, malas buat tesis jer tau...yang lain2 aku still rajin, contohnya makan, tidur, bersiar-siar, berYM, berforum, berblog...hmm, kira bagusla, lebih banyak yang rajin dari yang malas kan...pendek kata rugi bangat sapa yang tolak pinangan aku...mana nak dapat anak dara rajin mcm ni...haha...yapeda aku melalut ni...bek stop skang, sebelum tanda2 ketidakwarasan semakin bercambah...chow!!!
| di 10:36 PTG
setelah sekian lama aku tinggalkan, akhirnya ahad lepas aku berpeluang melangsaikan hajat yang tertangguh iaitu bermain bowling...dah hampir 3 thn rasanya kali terakhir aku tinggalkan hobi yang baru nak bercambah...ketiadaan teman dan ketidaksesuaian masa menyebabkan aku tdk berpeluang untuk bermain...
perancangan selalu dibuat tetapi ada2 sahaja alasan yang memaksa aku membatalkan keinginan yang terpendam...ahad lepas pun hampir2 tergendala, namun sudah tersurat agaknya, jodoh kami bertemu..di Ampang Bowl aku bertandang bersama dengan rakan2 yang lain...cuma 1 game, tidak puas rasanya...namun kesuntukan waktu dan kekurangan budget, memadaila walau cuma 1 game, boleh juga melepaskan gian yang ada...
bertahun-tahun ditinggalkan, bukan juga bekas juara sebelum ni, balingan mula2 tersasar ke longkang, lain yang di'aim', lain plak yang dituju...sungguh hampa, namun tidak kecewa...cubaan dua tiga kali membuahkan jugak hasil... tiga or empat kali 'strike'..mungkin...terlupa sudah...pencapaian yang sudah boleh dibanggakan setelah lama ditinggalkan...jumlah keseluruhan jatuhan pin 93..hmm, hampir hebat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang selalu bermain bowling...hebat lah bagi orang yang sudah lama meninggalkan permainan, kemahiran yang ada pun hampir dilupakan...
niat di hati, akan ada kali kedua, ketiga dan yang ke seterusnya...bukan untuk latihan kemahiran, hanya untuk suka-suka sahaja, demi suatu kepuasan dalam diri...
| di 8:42 PTG
Item(s): 2 x TwinMOS 512MB PC3200 CL 2.5 DDR-DIMM
Package includes: 2 memory
| di 9:01 PTG
| di 4:24 PTG
Kita sentiasa diberi pilihan, namun untuk membuat pilihan tidak semudah yang disangka. Begitu juga aku, terlalu banyak pilihan yang aku ada, namun untuk memilih terasa amat sukar. Ini kerana ketidakyakinan yang dirasai jika sekiranya pilihan yang dibuat adalah kurang menepati hasrat yang diinginkan. Perasaan takut dan waswas sering menghantui diri sehingga diri sendiri buntu pilihan apa yang perlu ditentukan. Kan mudah, jika terus ditentukan, terus tersurat tanpa perlu tersirat. Senang untuk kita menghadapinya. Namun, terpulang kepada individu, tabah atau tidak untuk menghadapi ketentuan itu.
Pilihan-pilihan yang ada sering membuatkan akal fikiran kita bertungkus lumus bekerja, tak kurang juga menjadi beban perasaan yang menghimpit. Walaupun kita tidak suka, namun lantaran tuntutan kehidupan perlu juga kita teruskan. Demi untuk menunggu sebuah kepastian, terasa penyeksaan yang ketara. Paling menyeksakan jika ianya melibatkan ketentuan masa depan. Tambah parah lagi jika ianya melibatkan hati dan perasaan. Harus memilih yang tepat demi untuk menjamin kebahagiaan hidup yang berpanjangan.
Psstttt:: kan bagus kalo leh buat ramalan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan..haiiiihhhhh....
| di 10:02 PTG
| di 8:22 PG
semalam gi cari tiket nak balik kampung raya haji nanti..tup2 tiket dah abih...sedih la jugak...walaupun sebelum ni, aku memang dah decide taknak balik kampung...tah nape, maybe sebab aku baru lepas cuti kot...sebelum ni aku tak lekas2 beli tiket sbb ingatnya dpt mtk cuti dua tiga empat hari tuk balik kampung, so leh aku drive jer balik...tp minggu lepas lak aku dah amik cuti sampai 5 hari...takkan nk mtk cuti lagi tuk raya nanti...bad reputation la plak nanti...actually sebelum hari semalam, aku dah nekad taknak balik kg raya ni, tp bila adik aku call tanya nak balik ke tak dan bila dia cakap tak best raya thn ni sbb aku n sorang lagi adik aku yang ada kat penang pun takleh balik jugak...mula la goyah balik perasaan aku..terus jer gi cari tiket, malangnya dah abis...bila dah mcm ni, terasa terkilan la plak sbb takgi cari tiket awal2...huhuhu...
agaknya boleh ke aku raya kat sini sorang2 ni ek...dulu masa study kat USM, ada sekali tu aku takleh nk balik raya gak sebab raya kedua dah ada paper, musim exam masa tu...masa tu sedih giler...tambah2 time gi smayang raya, memang terasa sangat..dgn kedai makan sumer tutup..kami cuma mkn maggie jer, nak masak2 dok hostel masa tu..mana de dapurkan...kali kedua plak, aku raya dgn family angkat aku kat Sungai Bakap...masa tu praktikal kat Seberang Jaya, cuti pendek..so tkleh nk balik...yang tu tak terasa sedih sgt sbb family angkat aku ni ada keluarga besar, meriah giler...
tapi kali ni taktaula cm mana keadaan aku bila tiba hari raya nanti...memangla raya ni cuma raya haji jer...bg kebanyakan org, raya haji ni tak terasa sangat...tp bagi aku, dua2 raya pun penting...dua2 meriah kalo kat kampung (dulu2 la kot, sekarang mcm kurang jer)...biasanya kalo raya haji ni, mesti ada nak kena masak2 lauk hasil dari korban...pastu jemput orang datang rumah makan-makan...yang tu yang paling best..penat pun tak kisah...
tkperla, kena kuatkan hati tabahkan diri di perantauan nih...boleh kot, lagipun cuti tak panjang mana gak pun..kalo balik, memang penat travel jerla jawabnya...cuti cuma ahad n isnin jer pun..selasa dah kena masuk keja semula...(ayat2 nak pujuk hati sendiri..hehe..)
psssttt: tkde org buat open house ke raya ni or takder ke sapa2 yang nak jemput aku beraya umah korang ek????
| di 7:40 PTG
lepas balik keja tadi, aku terus bersiap2 tuk keluar semula...tujuan utamanya adalah nak gi bayar duit kereta kat Eonbank..yang paling dekat ngan aku kat Batu Berendam la...tapi di samping bayar duit keta tu, aku ada agenda lain yang lebih penting...hehe..aku nkgi beli novel sebenarnya...dari minggu lepas lagi aku teringin nak beli...tp sbb minggu lepas aku terbizi ngn interbiu n viva, so aku tangguhkan dulu beli novel tu...sbb kalo aku beli, konpem aku baca terus...so mmg dari opis lagi, aku dah niat nak beli jugak novel tu hari ni...taktau nape, teringin sgt nak baca...baca novel ni mmg hobi aku dari dulu2 lagi pun...tp lately ni, mcm kurang sikit sbb tak byk novel yang boleh menarik minat aku tuk membelinya...dan alkisahnya aku tgk lam tv, ada org interbiu penulis novel tu...yg aku dgr dia cuma ckp novel tu dah cetakan keempat n tu 1st novel dia...terus jer hatiku tertawan dan nekad tuk memilikinya sbg koleksi...tajuk novel tu ANDAI ITU TAKDIRNYA...citer sedih rasanya...
so tadi, lepas jer bank in duit keta, aku terus pecut keta aku menghala ke JUSCO...hujan dah turun..mula2 tu renyai2 jer...lama2 makin lebat...tapi itu semua takkan mematahkan semangat aku...sesampai jer aku kat JUSCO, nak masuk parking tgk pintu pagar dia bertutup...tak nampak lak apa notis yg dia tampal..kecik giler tulisan...tak puas hati ni, aku pun keluar dr keta..seb baik ada org kat pintu pagar dia tu...dia kata JUSCO tutup sbb stock taking...lemah jiwa kudengar..apsal la hari ni dorang wat stock taking lak...apsal tak buat hari lain jer...tensen tul...dah tu bercadang nk balik la..then lalu pintu yg tepi jalan besar, aku tengok banyak jer keta parking...terus jer teringat maybe kedai2 lain bukak jer kan termasukla POPULAR...aku nekad nk cuba lagi sekali...
dalam hujan lebat tu, sanggup aku redah...tapi hampa lagi sekali, POPULAR pun tutup gak...malang betul nasib hari ni...tak dpt gak novel tu..nakgi TESCO, dah jauh sgt dah nak patah balik...terus jer balik rumah dengan tangan kosong...tensen2...esok lusa nkgi beli gak...
| di 8:29 PTG
| di 7:26 PG
lamanyer tak hapdet blog ni..away sekejap...balik kelantan tuk interbiu, dan terus ke penang tuk viva master aku..fuhhh, penat dan mencabar...sekarang baru lega sikit...
interbiu aku hari jumaat...mlm sebelum tu, kemain lagi aku study pasal isu semasa la...isu politik la...isu negara la...isu parlimen la...isu ekonomi gawat la, isu budget 2009 la..sejarah malaysia la...panjang kata, serba serbi pasal negara la aku baca...konon taknak termangu-mangu depan penemuduga yang sememangnya suka buat org yang ditemuduga tak senang duduk kan...masa tu ada 2 org penemuduga, sorang pompuan cina yang cun berkebaya batik dan sorang lagi lelaki melayu yang dah agak berumur...tup2 lain yang aku baca, lain plak yang ditanya...tp diakui la, memang salah aku jugak...apsal la tak terlintas langsung yang dorang akan tanya soklan mcm tu..ish2...yang tak penah aku alami sebelum ni, dorang ni suh aku bgtau kelebihan2 yang aku ada supaya dorang leh amik aku tuk jawatan tu...adussss, bab nak puji diri sendiri ni la yg payah sikit...sbb aku tak suka meninggi diri...akukan low profile...haha...korang tak percaya ker? betul la aku ni low profile..tak caya sudahhh....then, dlm tergagap2 aku pun bantai la yang aku ni rajin, yakin diri, tabah, peramah, sukakan cabaran dan boleh motivasi diri sendiri...mula2 tu nk ckp gak yg aku leh motivasi org lain sama, tp takut lak satgi dia suh aku bg kaunseling kat dorang...matila aku...mana leh berlakon2 ni kan..sumer tu semula jadi...pastu bila ada soklan yang dia tanya aku tak dpt jawab, aku akuila kan, then muka kita mesti berubah...terus jer dia ckp, td kata tabah n yakin diri...ni baru tanya sikit, dah monyok...haha...aku apa lagi, bagila senyuman paling manis kat dia...then sesi soal jawab bertalu2...pastu masa dah nak abih tu, yang laki tu ckp "hmm, betul la yang awak ckp awak ni peramah dan sukakan cabaran" pastu dia tanya satu soklan cepu emas kat aku "apa makna senyum pada awak?"...aku terdiam sejenak sambil tersenyum pada dia...dlm kepala otak ligat berputar, apa aku nak cakap...biasanya kita senyum otomatik...mana de kita kena jelaskan maksud senyum tu kan...setelah puas bercongak2, aku pun jawab la " bagi sy senyum tu sebagai pembuka jalan tuk org menegur kita, maksudnya bila kita senyum, itu tandanya kita memberi peluang untuk orang kenal kita dengan lebih dekat...kalo kita masam jer, org nak tegur pun takut"...then dia ckp, senyum tu meruntuhkan halangan utk org mengenali seseorang dengan lebih dekat sambil dia menganggukkan kepala dia beberapa kali, tanda setuju dgn apa yang aku ckp la kot...pastu dia tanya lagi "apa maksud senyum sinis? aduhhh, yg ni aku mmg ragu2 nk jwb...dalam aku dok tergagap2 nk jwb tu, terus dia ckp, senyum sinis tu senyum tak ikhlas, senyum ada makna di sebaliknya...pastu dia tanya lagi " senyum kami sekarang ni senyuman jenis apa"...dan dengan tersenyum jugak aku menjawab senyum iklas dan dorang tersenyum mendengar jawapan aku..konpem ingat aku nak bodek dorang la tu...lantakla...janji interbiu dah lepas,,,result dia lom tau lagi dapat ke tak..harap sgt2 berjaya..doakan yer kengkawan....
viva aku plak pagi semalam...yang tu lagi la..nak berdiri pun rasa tak larat, lutut menggigil tu...nak2 plak bila aku tgk salah sorang yang akan jadi pemeriksa aku adalah lecturer yang aku paling anti selama ni, bukan aku sorang tau, ramai gak kwn2 aku yang berperasaan sama mcm aku...tp aku pasrah la..nk buat cm mana...kat dlm bilik viva tu ada supervisor aku, sorang lecturer dr school kimia sebagai pengerusi majlis, sorang lecturer food sebagai pemeriksa dalam, sorang lagi (yg aku anti tu) sebagai wakil pemeriksa luar dan wakil dekan dan sorang lagi penolong pendaftar...aku dipanggil masuk dan diarahkan membentangkan kajian yang aku dah buat sebelum ni..bla...bla...bla...aku mulakan sesi pembentangan aku...dah siap tu, aku pun duduk..maka bermula la aktiviti komen mengomen dan sesi soal jawab...yang pemeriksa dalam tanya, semua aku leh jawab n defence...tp tuk yang pemeriksa luar tu...aku dah agak dah, soklan dia mesti sedalam-dalamnya, yang tak terfikir oleh aku dan supervisor aku..mana yang aku leh jawab, aku jawab, mana yang takleh aku buat muka donno jer...kdg2 supervisor aku tolong defence kan...yang lecturer tu apa lagi, senyum sinis la..tu yg aku anti sgt dengan dia tu...bila org tkleh jwab soklan dia, mcm satu kepuasan bg dia...tak mcm lecturer lain...setelah hampir 2 jam, maka keputusannya akan diumumkan..aku diarahkan keluar sebelum mereka bermesyuarat utk menentukan sama ada aku lulus atau tidak...kemudian dorang panggil aku masuk semula ke bilik viva...masa si pengerusi majlis ckp aku lulus...hanya Allah jer yg tau, betapa lega nyer rasa hati...siap dpt pujian dr pengerusi tu, dia ckp dia suka cara aku, defence power katanya, setengah2 student kalo ditanya mcm2, mesti monyok, terus give up kalo tkleh jawab...kira hebat gakla aku..haha...terperasan jap...tp kena wat correction la..tu semestinya...pastu lecturer yang aku anti tu mintak maaf ngn aku..dia kata jgn terasa hati dgn dia, lam akademik kena mcm tu...aku senyum jer kat dia...tkper, aku tak simpan dlm hati pun, janji aku dah lulus..yang lain belakang kira...hahaha...
itula cerita ceriti saat menghadapi 2 "ujian" penting bagi aku...harap2 aku berjaya la..aminn...
| di 8:05 PG
actually aku geram nih..geram yang amat...dah hilang tahap sabar dah ni..dah lama bertahan...tapi perangainya tak berubah-ubah jugak...dulu, suka keluar masuk rumah sesuka suki jer..ingat rumah tu hotel ker, leh check in check out suka hati..hotel pun ada time tuk check in check out...yang dia ni plak, tak kira time...buruk laku bebenar...dek kerana geram yang amat, aku dah tutup semua jalan masuk...tapi still kadang-kadang dia boleh masuk...bijaksana jugak dia...
sekarang ni dah bertambah kembang biak pulak...tak senonohnya housemate...tah kawin tah tidak...maksiat jer manjang...ish..ish...sepupu sepapat ipar duai, semua ada...lom masuk cucu cicit lagi tu...tapi aku tak kisah yang tu..malas nak masuk campur...hal umah tangga dorang...tak elok jaga tepi kain orangkan...nanti tak pasal2 tepi kain sendiri yang koyak...tak ke naya...
walaupun aku tak amik tau pasal hal dorang, tp tetap gak dorang nak balas dendam kat aku...apa kes pun aku taktau...maybe sebagai tanda tak puas hati aku tutup semua jalan masuk ke rumah kot...dia melepaskan "hajat" dan "menconteng arang" kat atas kereta aku, kat depan pintu masuk rumah...inilah yang paling mencabar tahap kesabaran aku...dan satu lagi tanda protes dorang, buat bising time subuh hari...aku memangla jenis yang tak suka tido lepas subuh, tapi bila dorang memekak jer...mengganggu ketenteraman di pagi hari, hati jadi panas tu...
arrggghhhh, aku dah tak tahan..cam mana nak halau dorang ni...korang ada idea tak cam mana nak halau housemate aku iaitu
BURUNG-BURUNG YANG BERSARANG KAT RUMAH AKU...
| di 8:25 PG
Alhamdulillah, segala urusan yang perlu diuruskan untuk menghadapi dua UJIAN GETIR, hampir-hampir berjalan dengan lancar seperti yang aku inginkan...walaupun ianya belum lagi sempurna 100%, sekurang-kurangnya ia berjaya memberikan separuh kelegaan buat jiwaku yang kacau dan terhampir sasau...hehe...
permohonan cuti diluluskan, tiket2 sudah siap dibeli, temujanji sudah termetrai dan kini cuma perlu menunggu tibanya saat-saat yang dinantikan...saat-saat yang kurasakan agak sukar untuk aku tempuh...
akan tiba waktunya, aku bakal "menjelajah" dari selatan ke timur, dari timur ke utara, dari utara akan merentasi barat untuk ke selatan semula...cukup lengkap satu pusingan...
kini debaran yang kurasa makin memuncak, degup jantung ibarat bom jangka, deru nafas tidak semalar dulu, dan mungkin juga tekanan darah sedikit meningkat...ini semua bahana ujian getir yang bakal ditempuhi...aku harus lalui dengan tabah...dan aku nekad...tidak boleh terkandas lagi...moga dipermudahlan segala-galanya...
namun yang menjadi kehairanan, selera makan masih sama dan selera tidur makin bertambah...hmmm, itu tandanya aku masih waras...dan malam ini masih sempat kiranya untuk aku enjoy yang tidak berapa sakan...sekurang-kurangnya untuk stabilkan kembali degup jantung yang ibarat bom jangka, malarkan kembali deru nafas dan seimbangkan semula tekanan darah...siapa mahu ikut? jom....
| di 8:39 PG
cabaran hebat dalam hidup...
debaran hati yang semakin kuat...
dua perkara penting muncul serentak...
dalam jarak waktu yang amat dekat...
kedua-duanya adalah amat penting...
penting untuk perubahan fasa hidup...
kedua-duanya adalah penentuan...
penentuan ke arah hidup yang lebih baik...
akanku usahakan agar dua-dua dapat kugapai dengan jayanya...
mohon doa dari kalian...
moga tabah menghadapi...
moga dipermudahkan urusan...
moga ditenangkan hati...
moga diperoleh apa yang dicita-citakan...
| di 8:30 PG
| di 1:41 PTG
| di 3:11 PTG
bukan tak suka orang peramah ni..peramah la bagus nyer..tapi kalo dah ramah sangat, rimas jugak aku...ni kisah seorang mamat indon yang keja wat renovation kat kilang aku ni dan sorang lagi pakcik jaga. penat haiiihhhhh nak melayan...
yang mat indon ni mmg dari ari tu lagi ramah semacam..ada jer nak sembang2 ngn aku...siap nak tanya nama aku la...tp sebelum ni dia buat keja kat luar ofis, so jarang la jumpa dia...tp ari ni dia pasang syiling kat dalam ofis aku ni...dr tgh hari td...asyik nak bersembang jer...siap ajak aku kluar makan2 n jenjalan sekitar melaka tu..ada hati tu...kalo ikutkan hati malas jer nak layan...tp takut org kata aku sombong plak...tu pun ada jer aku wat pekak, wat tak dengar dia dok cakap apa, malas nak melayan...tak pasal2 orang cop aku ni pekak la plak...lantakla...pekak pun pekak la nor....
pastu ni satu kes lagi, pakcik yang jadi jaga atau dengan kata nama lainnya security guard la...pakcik ni ari sabtu n ahad jer dia jadi guard kat sini...seb baik jugak..takder la hari2 aku nak jumpa dia...yang ni pun satu hal gak, ramah gak nih...ada jer nak sembang ngn aku, seb baikla dia dah tua, so aku hormatla ketua-an dia tuh...aku bukanla perasan ke apa ke...tp kalo dah asyik nak ajak aku bersembang, tak terlayan jugak weh...dah la tu senyum2...aku pun pelik gak la...ari tu, tetiba dia bg aku kerepek ubi, kuih raya katanya...yang aku ni sebelum ni tak penah2 bersangka buruk kat org, tapi hari tu tah cam mana, bleh terlintas kat fikiran aku, nape pakcik tu tetiba bg kerepek kat aku...tah2 dia dh baca apa2 ke..dia letak apa2 ker...Nauzubillah...sumpah, bukan aku sengaja nak bersangka buruk..tp tetiba jer terlintas sepintas lalu...last2 aku takut nak makan kerepek tu...tapi aku amikla jugak...bawak balik rumah, then baru buang...nak buang kat opis pun aku takut, takut pakcik tu ternampak ke...kesian plak kat dia kan....apa plak kata dia nanti...tapi seboleh mungkin aku taknak terserempak ngn pakcik ni..nape ntah, rasa tak selesa...dah abih serius muka ni aku buat kalo terjumpa dia...ha korang, dia dah bg no phone dia kat aku..baru sat2....wadduh...wadduh....hahahahaha...
dugaan betul la kan...salah ker aku berprasangka sebegini yer...tahla...aku pun taktau...tp yang aku tau, aku rimas...rasa tak selesa...memang tak best la...haihhhhhhhhhh.....