Jika Ia Sebuah CINTA...

Jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar
namun sentiasa bergetar
Jika ia sebuah cinta
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa
Jika ia sebuah cinta
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
Jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha
Jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik
Jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati
Jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata
Jika ia sebuah cinta
ia tidak hanya berjanji
namun sentiasa cuba memenangi
Jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci
namun sentiasa harmoni
Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan
Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namin hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan


wah..wah...bermadah puisi plak aku kali ni ek..korang mesti ingat aku jiwang karat tahap besi waja nyer lah...opssss, yang sebenar-benarnya puisi di atas bukan hasil ciptaan aku sendiri..ntah mana aku dapat, aku pun tak sure, dah lama ada dalam simpanan aku...ini adalah hasil keja hobi aku selepas sahur sebelum menunggu waktu bersiap-siap nak datang ofis, aku selongkar balik kotak-kotak lama, file2 lama, alih2 aku jumpa la puisi ni, sayang lak nk buang, so aku abadikan kat sini...leh gak share dengan org2 yang berjiwa romantik n bersentimentol kat luar sana...tak salah pun kan...per lagi, layannnnnnn....
pssst: kalo korang nak kata aku berjiwa romantik atau jiwang tahap gaban jugak pun tkpe, aku mengaku yang aku nampak jer brutal n kasar2 sikit tapi dalaman aku ni berjiwa lembut dan sensitif macam perempuan-perempuan melayu terakhir kat luar sana jugak...ahakssss....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: