SaLAm AiDilFitrI...

hari ni hari last aku leh online sebelum aku bercuti tuk menyambut hari raya di kampung halaman ku nun jauh di sana...nanti pas raya, aku balik sini semula...baru la leh online balik..hehe...


di kesempatan yang ada ni, ingin kuhulurkan ucapan setulus ikhlas dari hati nuraniku yang suci lagi murni (pehhh, panjang giler, mcm nak bg ceramah la plak, mcm iklan minyak masak pun ada gak sikit2)..eh lupa lak nak buat ayat apa ntah...hmm...dipendekkan ayat, aku nak ucap SALAM AIDILFITRI kepada semua yang sudi jengah blog aku (sbb org yg singgah jerla yg leh baca ucapan aku ni, tp leh gak kalo yg singgah tu nak sampaikan kat org lain)...aku jugak nak amik kesempatan kat sini nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada tersasaul kata terkasar bahasa sepanjang penglibatan aku dalam berblog nih (ni dah macam YB bg ucapan nih)...aku berblog sekadar suka2 jer...takder niat langsung nak mengucar kacirkan hidup orang tau...tp normal la kan kita sebagai insan yang lemah di dunia ni..tak lari dr membuat kesilapan sama ada secara waras atau tidak....


akhir kata dari aku yang kecik molek ni (opppssss, betul la, aku dh kurus sikit tau), berhati-hati di jalan raya bagi yang balik kampung tu, juga berhati-hati semasa nak jenjalan mintak duit raya, berhati-hati jugak time mencokek kuih raya...ke mana sahaja anda pergi dan apa jua yang ada lakukan, plisssssssssssssssss la ingat orang yang tersayang....haha....


Salam ketemu lagi di lain waktu...love u all..mmuaaahhhh....



sALaM dIHuLUr pOHon kEMaAFaN aGAr kEBahAGiaAN KekAL bERzaMAn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

mercun dan ramadhan..sinonim kan???

dah lama aku nk hailat pasal benda alah ni..actually masa mula2 umat Islam menjalankan ibadah puasa lagi...korang perasan tak? ke aku sorang jer yg perasan...anyway, tak kisahla, aku nk ckp gak...asal masuk bulan pose jer, ghairah sungguh bebudak ni men mercun...dari awal bulan pose sampaila time raya...kalo org cina or india raya, rasanya dorang men mercun gak, tapi time sambut raya jer kan...yang bebudak melayu ni lak suka bebenor ek men...awal2 lg dh excited...baru jer lepas pengumuman puasa, dah start dah dorang...aku tak kisah dorang nak main, tapi yang aku kisahkan sgt2, dorang suka men dekat kwsn umah aku, dekat kawasan surau...time org nak solat...shyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...kebabom...eh silap, tu dh mcm bunyi bom lak...shhyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..pom..meletup atas bumbung rumah...kalo korang la kan, korang tak hangin ker...nak2 plak time baru nak lelapkan mata...fuhhhh, memang menguji tahap kesabaran anda di bulan puasa la kan...kalo dari segi RM, aku rasa cam mahal gak la nk beli benda alah ni..ada jer duit dorang kan...kalo aku la, taknakla aku beli, wat perabih pitih jer...bek aku simpan wat beli juadah berbuka..berbaloi la gak...bukannye hebat mana pun men mercun...dari mercun, baik men bunga api, nampak gakla di pandangan mata...sampai berpinau-pinau mata...hehe...tapi tu le kan, lain orang lain ragam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Majlis Berbuka Puasa MYVIANS...

syok wooo...tak dapat nak digambarkan dengan kata...event paling besar yang penah aku join..konvoi keta myvi hampir2 seratus bijik tuh..panjang giler...pastu paling ramai ahli yang join...seb baik aku mengjoinkan diri...lehla tumpang glamer sekejap walaupun takla glamer mana pun aku nih...hehe...majlis bukak pose ni buat kat restoran salah seorang ahli Myvians gakla...kak azzie...at last, dapat gak aku bersua muka ngn dia..dah lama nk jumpa dia ni...aku kagum ngn dia sbb dia ni bisnesswoman yang berjaya la...gigih tu, semangat dia kuat...mula2 bukak bengkel keta, pastu bukak restoran lak...fuhhh, cayalah kak azie...

sempena majlis ni jugak, dapatlah aku bertemu ngn member2 seforum...walaupun kitorang ni kamcing kat forum or lebih tepat lagi di alam cyber, namun tak penah sekali pun bersua muka, even masing2 dah tau rahsia masing2...opppsss silap, rahsia dorangla...rahsia aku tetap jadi rahsia aku...hahaha....di kesempatan tu la, kami bertegur sapa dan berbual ala kadar jer..almaklumla, masing2 sibuk nk melayan kengkawan yang lain...ramai tuh yang join...yang aku plak, perut dh kenyang....mata pun ngantuk giler babas la...seb baik mood ok jer...

makanan yang disediakan pun tersangatla ok..paling aku suka, daging masak lada hitam..pastu ada budu lak tuh..fuhh, menyentap makan...kekenyangan yang amat la..tu yg mata ngantuk tuh...hehe...

ish, blur lak..tktau nk citer pe dah...korang kalo terasa nak tau, korang jengah forum MYVians la ek..kat sana lg hebat citer dia...hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah cinta...

korang bacala kisah cinta kat bawah tu...aku copy dari forum Tentang Cinta...best plak baca...sedikit sebanyak leh gak kita amik panduan...hehe...


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

cuti raya dah lulus...

horrayyyyyyyyyyy...cuti raya ku dah diluluskan...bermula dari 26hb September sehinggalah ke 7hb Oktober...lama tu cuti, 12 hari...hmm...best sgt2...cuma satu jer, aku belum maklumkan pada bigboss aku lagi..risau gak...smalam mohon cuti dari 3rd boss, yang mat saleh tu..dia orite jer...tak kisah pun aku nak cuti lama...2nd boss pun ok jer kot, sbb dia tak terlibat kalo bab2 cuti ni...cuma kena maklumkan pada bigboss...dia baru balik dr umrah ni, so taknak kacau dia lagi...mesti dia tengah penat...isnin nila baru maklumkan pada dia..harap2 la diperkenankan...so far, tkder problem kalo ngn bigboss tu...dia baik n memahami...hati aku pun kuat mengatakan yang dia akan bagi aku cuti lama kali ni...sementelah kilang aku belum lagi beroperasi sepenuhnya...better la kalo aku nak cuti sekarang kan...esok lusa, ntah leh dpt cuti ke tak...

tak sabar dah nak balik kampung ni...bukannya tak sabar nak balik raya, tp tak sabar nak balik tuk berpuasa sama2 dengan family...yang tu yg paling aku nak...kalo dulu tak sabar balik kampung nak buat kuih raya, skang ni sejak dah keja ni, malas lak aku...hehe...tempah jer senang...nape ntah...maybe masa gak kot...sebelum ni kalo balik raya, dekat sangat dengan raya, so tak sempat la...dengan penat jalan jauh lagi, dengan nak kemas umah lagi...tolong mak masak di malam raya...buat tu la buat ni la...pendek kata memang bz la...kali ni plak, adala masa lebih sikit nak rehat or buat apa2 sebab ada 3 hari sebelum raya...kira okla tuh...ish, dahla, asyik citer pasal nak balik kg lak..dahla sekarang ni mcm jasad jer yg ada kat sini...jiwa aku dah dok kampung...hahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TERbizi lak...haha...

wah lamanyer tak update blog ni...hehe...terbizi lak dua tiga hari ni...ngan keja kat kilang lagi...keja part time lagi...lam dua hari ni aku cuma tido 5 jam jer...keja keras sungguh...siang hari keja kat kilang...pas terawikh gi keja part time...esok nyer pas sahur pun sama gak, sambung keja part time...nak cari duit lebih tuk raya la ni...hehe..tp aku suka keadaan mcm ni...rasa masaku terisi dengan benda2 berfaedah..dah lama tak buat mcm ni...dulu2 masa study, mcm ni la aku...study sambil keja part time...kalo ada masa terluang, aku gi keja kat kedai photostat...kadang tu hampir seharian gakla...nak2 plak time tu study aku dh free sikit...so byk aku habiskan masa keja kat kedai photostat tu ler...dahla masa tu aku dh tkder income lain, nk mtk duit ngn mak ayah, segan la plak sbb dah besar panjang...terpaksa la keja sendiri...pas maghrib baru balik...penat usah cakap la...tp dah terpaksa, nak wat cm mana kan..nk byr sewa umah lagi, yuran study lagi, makan minum lagi dan mcm2 perbelanjaan lain la...satu jam aku dibayar RM 3, sebulan leh la dapat lam RM300 lebih...tak byk mana pun...tp yg herannya, cukup jer tuk perbelanjaan..pandai lak aku berjimat...hehe...time bulan pose lak, sesambil keja kat kedai photostat, aku wat keja tambahan lain gak, amik upah jahit sembat n mata lalat tuk baju kurung...sepasang aku dibayar RM5...baju2 tu aku jahit time malam lepas terawikh or lepas sahur...abih jari2 pun tercucuk jarum...tp duit punya pasal, aku sanggup ajer...tp tk byk yg aku dpt jahit...satu mlm leh siapkan satu pasang jer...ngantuk weh...dahla kena jahit ngn teliti tu..kang kalo tak kemas, sian plak kt orang nk pakai baju raya...tu kisah dulu2..skarang ni pun lebih kurang sama la...skarang ni sajer nak cari duit lebih, lehla topupkan mana yang tak cukup nanti...lagipun, best apa kalo masa kita terisi dengan benda2 yang berpekdah...ada hasil lak tuh...kalo nak ikutkan penat, memang penat sangat2...tapi tkleh nak manjakan diri sangatkan...selagi terdaya, selagi tu aku teruskan...hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jika Ia Sebuah CINTA...

Jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar
namun sentiasa bergetar
Jika ia sebuah cinta
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa
Jika ia sebuah cinta
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
Jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha
Jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik
Jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati
Jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata
Jika ia sebuah cinta
ia tidak hanya berjanji
namun sentiasa cuba memenangi
Jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci
namun sentiasa harmoni
Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan
Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namin hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan


wah..wah...bermadah puisi plak aku kali ni ek..korang mesti ingat aku jiwang karat tahap besi waja nyer lah...opssss, yang sebenar-benarnya puisi di atas bukan hasil ciptaan aku sendiri..ntah mana aku dapat, aku pun tak sure, dah lama ada dalam simpanan aku...ini adalah hasil keja hobi aku selepas sahur sebelum menunggu waktu bersiap-siap nak datang ofis, aku selongkar balik kotak-kotak lama, file2 lama, alih2 aku jumpa la puisi ni, sayang lak nk buang, so aku abadikan kat sini...leh gak share dengan org2 yang berjiwa romantik n bersentimentol kat luar sana...tak salah pun kan...per lagi, layannnnnnn....
pssst: kalo korang nak kata aku berjiwa romantik atau jiwang tahap gaban jugak pun tkpe, aku mengaku yang aku nampak jer brutal n kasar2 sikit tapi dalaman aku ni berjiwa lembut dan sensitif macam perempuan-perempuan melayu terakhir kat luar sana jugak...ahakssss....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Manusia terbahagi kepada empat golongan

Prof_Muslim menulis "Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat golongan, iaitu :

manusia yang tahu,
dan dia tahu bahawa dia tahu,
maka dia adalah manusia yang berilmu,
dan layak dijadikan pemimpin...



manusia yang tahu,
tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu,
maka dia sedang tertidur,
dan dia perlu dibangunkan...

manusia yang tidak tahu,
dan dia tahu bahawa dia tidak tahu,
maka dia perlu dibimbing,
agar dia segera cergas...

manusia yang tidak tahu,
dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu,
maka dia harus dijauhi...


pssst: agak2 korang kat mana letak duduk nyer korang???tepuk dada, tanya iman...renung-renungkan, selamat beramal...hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

090908

tarikh hari ni tarikh yang aku suka...nak tau nape? sebabnya dia ada dua no 9, aku suka sangat no 9, sembilan haribulan september (sembilan) tahun dua ribu lapan (090908)...hmmm, kalo tahun depan nyer lagi cun, sembilan haribulan september (sembilan) tahun dua ribu sembilan (090909), tak sabor nyer nak tunggu tarikh tu...apa2 jer yang ada no 9, memang aku suka...dulu beli keta, berangan nak no plate 999 atau sumer nyer no 9, tapi mahal la plak kalo nak, mana la aku mampu, salesman tu ckp, kena prepare duit lam RM 3000 lebih kalo nak no plate yang aku suka tuh...mana nak cekau duit, nak buat downpayment pun dah hutang orang...hehe...last2 dapat gak satu bijik no 9 kat no plate aku, tkperla..tupun aku dah puas hati...aku pun taktau la sejak bila dan kenapa aku suka no 9...tapi yang pastinya no 9 ni agak sinonim ngn kehidupan aku...mesti ada jer kaitan, no angka giliran time amik test or exam, no bilik masa aku matriks dulu, kedudukan dlm list apa2 dan yang pastinya befday aku bulan sembilan...ada orang cakap aku suka no 9 sebab befday aku, tapi aku rasa tak pun...sbb yg sebenar2nya tarikh aku dilahirkan bukan nyer 1 september, tapi 31 ogos..korang mesti tak percaya kan..tapi tu la hakikatnya...aku dilahirkan pada 31 ogos, sedetik lepas azan maghrib...tp gi wat surat beranak atau sijil kelahiran keesokkannya di balai polis berdekatan...dulukan mana sistematik dia nyer sistem..dilahirkan pun kat rumah jer...kadang ikut suka dorang je...agaknya orang yang mengregisterkan kelahiran aku ni dengki ngan aku agaknya taknak bg tarikh lahir aku 31 ogos, so dia pun buat 1 september...yang abah aku plak, ikut jer malas nak masuk campur...hehe...aku agak jer, mana la aku tau perkara sebenar, aku kecik lagi masa tu, aku dapat tau pasal hal ni pun bila aku dan meningkat remaja...hehe...anyway tak kisahla kan, apa la yang ada pada tarikh lahir kita tu...dari kita sambut befday kita, baik kita kenang kembali susah payah jerih mak kita kandungkan kita, melahirkan kita, mencabar sgt2 tu...seb baik dia salah tarikh lahir aku, dibuat nyer dia salah eja nama aku, ntah apa2 jadi nama aku..dari norsaritanaini ke apa2 ntah..dah ramai sgt org yg nak bg nama lain kat anak dorang, tp jadi nama lain...kira aku bernasib baik jugakla....susah wooo nak eja nama aku tu..nak sebut apatah lagi..ramai yang tersasul-sasul nak sebut...tapi aku suka...hahaha...lain dari yang lain...dari dulu sampai sekarang, asal nak kenalkan diri jer, nama aku mesti jadi isu...kalo dah penat sgt, aku just kenalkan diri dengan nama nor jer, tkyah sebut nama panjang2, penat nak mengexplain...hehe...opppssss, dah jauh menyimpang citer aku ni, tadi nak citer pasal no 9 jer hehe...kalo boleh, aku nak no 9 ni ada kaitan ngn hidup aku sampai bila2...suka sangat2 ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

taktau nak bagi tajuk apa...hehe...

suram nyer hari ni kurasa...ntah kenapa, boring yang amat..sensorang jer rasanya kat ofis ni (memang seorang pun dari dulu kala lagi..yapedaaa) dok melangut jer ni...keja tkder nak buat...nak balik tido, dah nama nyer time keja, takkan nak ponteng kot..buatnyer kantoi, baru padan muka...abis tu apa aku nak buat...nak tunggu sampai kul 5 ni...terasa lambat sungguh detik yang berlalu....skarang baru nak kul 10 pagi....huhuhu...nak sembang ngan kawan kat YM, sumer nyer offline...boring....eh jap, nak on lagu Ayat-Ayat Cinta jap..best betul lagu tuh...sambil2 melalut kat sini, sambil layan lagu tu ok gak kan...
hmm..dapat panggilan telefon lak...dari customer... tanpa salam, terus terjah...naper perlu nak marah2 bulan pose ni, cakap elok2 takleh ker? seb baik bulan pose...sabau jerla...nila manusia...konon berbudi bahasa budaya kita, tapi aku tak rasa semua orang amalkan budi bahasa pun...hormat menghormati pun kadang pilih orang...mana aci macam tu kan...tak boleh ker kalo hormat sumer orang, rugi ker kalo kita buat mcm tu...haiihhhh...selalu kena macam ni...stopla cakap pasal hal ni, tak pasal2 lak membebel aku di kala boring ni...ikutkan hati byk lagi nih nk ckp, silap haribulan, darah pun leh menyirap...abih diungkit kisah yang sudah-sudah...hehe...
jom layan lagu ni la..lagi best...kat bawah aku postkan lirik lagu dia..aku nak upload lagu kat sini, dah cuba byk kali tk dpt, taktau nape...korang nak dengar, pandai2 korang cari sendiri ek..hehe...jap lagi aku nak layan lagu raya la plak...boring nyer pasal...pastu teringat nak balik kampung...hahaha...

Ayat Ayat Cinta by Rossa

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff
Ketika ku bersujud


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Still in mood balik kampung...

tak best nyer keja ari ni...tkder mood langsung, still dok teringat kat kampung...tak puas rasanya...nak je sambung sampai raya nanti...hehe...kalo la boleh...aku dah buat dah...nanti tak pasal bos suh aku anta surat resign terus...baru padan muka...barula cuti selama-lamanya...hahaha...

tapi korang, best tau dok kampung...nak nak plak time bulan pose ni...takyah pening2 pikir pasal juadah berbuka, sumer ada...tkyah sibuk2 nkgi beli, mesti ada orang yg akan belikan...dahla banyak sampai tak termakan...kalo nak makan apa2, sebut aje, mesti dapat...kalo kat sini, punya la taktau nk makan apa...dahla tu, kurang sedap. (bagi aku ler), nak masak sendiri, hari keja tak berkesempatan lak...hari cuti, konpem aku nak masak...best sikit, takder la nak merungut-rungut lagi...tapi taktau lak nk masak apa...hehe...nantila kupikirkan apa yang nak dimakan nanti...sebut pasal makan ni, lapar lak perut...ngantuk pun ada ni...line clear ni, bos takder, leh lelapkan mata jap...jom tido...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments