lepak lagi...

Malam minggu datang lagi, seperti yang telah dijanjikan bersama ahli2 majlis yang lain, kami berkumpul di kedai Kak Bedah atau lebih dikenali sebagai Subaidah setelah memarkirkan myvi kesayangan masing2 di kawasan letak kereta MITC...Aku terpaksa pilih kak bedah nyer kedai, sbb dah tkder pilihan lagi, last choice tu...Aku ni bukan suka masuk kedai mamak ni...bukan nye apa, aku tak suka crowded sgt, ngn bau kari lagi...hehe..ngengada betul kan...dek kerana lapor tahap gaban, tanpa membuang masa kitorang orderla makanan di samping menunggu ahli2 lain yang kelewatan tiba di lokasi yang ditetapkan...sesambil makan-makan, minum-minum, borak-borak, umpat-mengumpat (eh ada ke ari tu???), usik-mengusik tambah kemesraan, acara shooting mengshooting pun berlangsung dengan jayanya...hehe...usai segala aktiviti lepak2 kat kakbedah yang mana punggung masing2 pun dah mencapai suhu kepanasan yang terlampau...kami bergerak ke destinasi pasti iaitu Konsert Fly FM...artis yang dijemput adalah Dina Malaysian Idol dan Dejavoodoo Spells...konsert ni diadakan sempena menyambut Majlis Konvokesyen UTEM...ada la gerai2 kat situ...tapi tak sehebat kalo konvo kat USM...tetiba terimbas kembali kenangan di malam pesta konvokesyen kat USM...best wa cakap lu...hahaha...gerai dia banyak giler, jual macam2 lak tu...aku suka la sebab mmg dah hobi aku suka cuci mata tengok2 barang...tengok2 orang...tengok2 sumer yg ada la...tu sumer hobi aku la tuh...eh jap..aku nk nk citer pasal apa ntah...tercerita pasal kenangan dulu2 kala lak...berbalik kita kepada apa yang telah dibincangkan (cam nk berucap la plak...hehe...), setelah puas ronda-ronda menghabiskan masa di situ, jam sudah pun hampir2 menunjukkan detik 12 malam, bergerak lak kami ke destinasi seterusnya tuk lepak2 minum sebelum pulang...ish...ish, enjoy sakan...kul 1 lebih baru sampai umah...kepenatan yang amat tapi tersangat la best...hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: