Gudbye 2007, Welcome 2008…

Hmm….beberapa jam lagi, tahun 2007 akan melabuhkan tirai nye..dan bermula la era baru 2008..sedar tak sedar, sekejapan jer masa berlalu..terasa baru semalam kita di 2007, namun sampai juga ke penghujung nyer….2008, ntah apa yg bakal aku temui…diharapkan semuanya akan lebih baik dari yang lepas…2007 yg penuh dgn kenangan akan ditinggalkan…namun akan tetap terpahat kukuh dlm ingatan…citer pasal 2007 ni…byk pahit manis yg aku lalui…yg manisnya…aku berjaya harungi susah payah dan pahit maung keja seorang diri di sini hinggakan ada yg menobatkan aku seorang yg berjiwa kental n hebat..hehe..bukan aku angkat bakul sendiri..memang ada org yg cakap..hehe…then dapat beli kereta…harta yg paling aku sayang….dan satu-satu nyer harta yg sempat aku kumpul (tu pun hutang ngn bank wooo)….yg pahitnya…hmm..biasalah…ada mcm2..takyah la diciterkan kat sini…yang lepas, biar la lepas….yang penting segala kesedihan tu akan aku lupakan…maybe ada hikmah yang tersembunyi atas segala yang berlaku….percayalah pada ketentuan Allah….cuma satu pengajaran yang aku dapat…jangan terlalu mudah percaya kat orang…baik mana pun seseorang tu, jgn percaya 100%… kadang2 di sebalik kata-kata tu, tersirat ketidakjujuran yang tidak dapat dikesan oleh kita…. tinggalkan sedikit rasa sangsi walau pun utk 1%…sekurang-kurangnya bila segalanya terbongkar..takderla teruk sgt rasa kecewa yang kita hadapi…hati manusia ni lain-lain…susah nak ramal..dimulut cakap lain..dihati niat nyer lain….but nevermind, pengajaran sebegini mendewasakan kita…terima kasih jugak kpd sesapa yang menyumbangkan pengajaran n pengalaman ini walau pun secara tak langsung…hehe…….cukupla setakat ni, kang kalau dilayan hati yg tgh sakit, lain plak jadinya….pe2 pun…selamat tinggal la 2007….
Di kesempatan yang ada ni (ceh tetiba skema plak ayat..hehe..layan ajerla…), aku ucapkan salam tahun baru 2008 kpd semua…moga apa yg akan kita temui nanti, lebih baik dari yg lepas2…jadikan pengajaran lalu sebagai kenangan dan titian utk perjalanan hari esok yang lebih mencabar….


Psssst: apa azam korang???…aku ni tkder apa nak berazam, sbb hari2 aku berazam…so, hope this 2008, semua yang aku azam-azamkan (siap double tu azam, maksudnya banyak yg aku azamkan) tu tercapaila…hehe…



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: